WAYNE Rooney percaya Harry Kane layak dipandang sebagai penyerang terhebat dalam sejarah England selepas kapten itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.
Kane menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-54 ketika England memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan 2-1 ke atas Itali pada Khamis, penalti itu melepasi jumlah 53 gol yang dihasilkan Rooney.
Jumlah keseluruhan untuk Kane termasuk rekod 12 gol England di kejohanan utama (Piala Dunia/Kejohanan Eropah), manakala dia memintas Jimmy Greaves untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Tottenham bulan lalu.
Menerusi The Times pada hari Jumaat, pengurus DC United, Rooney menyokong Kane untuk meletakkan sasaran sukar untuk dicapai oleh penyerang England masa depan, membandingkan keinginan Kane menghasilkan gol seperti Robert Lewandowski.
“Apabila saya memecahkan rekod menjaringkan gol England dengan penalti menentang Switzerland pada September 2015, Harry Kane adalah pemain pertama yang berlari dan meraikannya bersama saya,” tulis Rooney.
“Bagaimanapun, walaupun ketika itu Kane hanya memiliki empat kaps, saya tahu dia boleh menjadi penjaring terhebat England jika dia terus bermain seperti sedia ada dan saya mahu memberinya semangat.
“Saya percaya apabila dia berhenti bermain dia akan meninggalkan rekod England di tempat yang sukar untuk pemain lain memecahkannya.
"Dia mahu menjadi seperti pemain Poland, Robert Lewandowski, mesin gol yang masih berada di kedudukan teratas pada pertengahan usia 30an. Saya fikir Harry akan menamatkan dengan jaringan gol England dengan 70 gol."
Astro Arena
Sat Mar 25 2023
Harry Kane meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan kelayakan Euro 2024 kumpulan C antara Itali dan England di stadium Diego Armando Maradona, Naples, Itali, 23 Mac 2023. (Foto AP)
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Bekas kapten England itu menggantikan John Eustace yang dipecat selepas meninggalkan DC United minggu lalu.
MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka
Usaha memancing Messi seorang pemain terhebat ke MLS adalah hebat, kata Rooney.
Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England
Kane menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-54 ketika England memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan ke atas Itali.
Rooney tidak terkejut Man United tamat kontrak Ronaldo
Wayne Rooney tidak terkejut dengan keputusan Manchester United untuk berpisah dengan Cristiano Ronaldo, berkata kelab itu 'tiada pilihan lain'.
Wayne Rooney didorong cemburu - Cristiano Ronaldo
Rooney berkata, tingkah laku Ronaldo tidak boleh diterima dan dia telah menimbulkan kekacauan.
Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England
Kane menuju ke kejohanan itu dengan 51 gol untuk Three Lions, ketinggalan dua di belakang rekod Rooney.
Legasi Ratu Elizabeth II dalam sukan tidak akan dilupakan - Wayne Rooney
Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney, menegaskan legasi Ratu Elizabeth II dalam sukan di England tidak akan pernah dilupakan.
Rooney tolak kritikan terhadap MLS
Rooney pernah bermain untuk United pada 2018 dan 2019 sebelum meninggalkan francais untuk menyertai Derby County.